Monday, October 15, 2012

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Benarlah, sesungguhnya tarbiyah Allah itu tidak dapat hanya difikir dengan analogi akal yang waras. Namun perlu diselami dengan hati dan jiwa yang bersih.. Berbekalkan ilmu dan iman yang teguh, yakin dengan janji Allah bahawasanya setiap ujian yang menimpa itu sarat dengan Jutaan hikmah pastilah akan membawa seseorang itu lebih dekat pada Allahul Khaliq.. Menjadikan seorang hamba itu Rindu pada sebening hati yang cinta pada ALLAH… Tiada keraguan tatkala kalamullah menjadi panduan di kala musibah melanda..


MENYUKAI YANG TIDAK DISUKAI?
surah Al-Baqarah
ayat 216.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “

KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286
Ini bermakna ana masih mampu untuk menanggung beban ini.(^_^)Betapa kasihnya Allah pada hambaNya sehingga Allah tidak akan memberikan seseorang itu bebanan yang diluar kesanggupannya.


KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Bolehjadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216


RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?|
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka… – Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

Di saat diri ini terhimpit dengan dugaan Mu Ya Rabbi ana teringat akan doa-doa yg sering dijadikan sebagai sumber kekuatan
“Hasbunallahu wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah bagiku
“Bismillahitawakkal ‘alallah”
Dengan nama Allah kepadaNya jualah aku bertawakkal.
“Allahumma Yassir Wa la Tu’assir Ya Kareem”
Ya Allah permudahkanlah ,dan janganlah Kau sukarkan, Wahai Maha Mulia.




AMIN...

Saturday, May 5, 2012

~ USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA ~




Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka. "Aku tak cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya." Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat. Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala. Oh, remaja! Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana. Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah. Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg. Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia. Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha! Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah? Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman. Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah. Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..



kredit to: Najmie Kuantan 

Saturday, April 21, 2012

~Aku wanita bahagia~



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.


Aku ingin sekali menjadi wanita yang bahagia..wanita bahagia adalah wanita solehah.. Taat kepada Allah dan Rasul dan Taat kepada Suami..
Insyaallah =)
Design and Templates By www.amirastudios.com