Monday, December 13, 2010

:: CaTaTanKu ::


Catatanku..lagu baru dr Melly ft Baim, penyanyi cilik dari indonesia.. lagu ni sangat best.. Tapi sedih... Abg tujukan lagu ni buat ku. Dia xnk aku sedih akan pemergiannya suatu hari nnti.. Siape x sedih jika orang yg kita sayang akan pergi selamanya dari hidup kita.. Abg, jgn risau..syg akan cuba kuatkan semangat syg..

awan awan menghitam
langit runtuhkan dunia
saat aku tahu ternyata akhir ku tiba


mengapa semua menangis
padahal ku selalu tersenyum
usap air matamu
aku tak ingin ada kesedihan

burung sampaikan nada pilu
angin terbangkan rasa sedih
jemput bahagia diharinya
berikan dia hidup

tuhan terserah mau-mu
aku ikut mau-mu tuhan
ku catat semua ceritaku
dalam harianku

Cuba la dengar or download terus...KLIK NI

Sunday, December 12, 2010

:: ChenTha :: heeee..







Apakah telapak tangan Kamu berpeluh? hati mu berdebar-debar?

Hal itu bukanlah cinta, tapi suka.

Tangan Kamu tidak dapat berhenti memegang dan menyentuhnya?

Hal itu bukanlah cinta, tapi berahi.

Apakah Kamu bangga dan selalu ingin memamerkannya kepada semua orang?

Hal itu bukanlah cinta, tetapi Kamu sedang mujur.

Apakah Kamu menginginkannya karena Kamu tahu dia akan selalu di samping Kamu?

Hal itu bukanlah cinta, tapi kesepian.

Apakah Kamu masih bersamanya karena semua orang menginginkannya?

Hal itu bukanlah cinta, tapi kesetiaan.

Apakah Kamu menerima pernyataan cintanya karena Kamu tidak mau menyakiti hatinya?

Hal itu bukanlah cinta, tapi rasa kasihan.

Apakah Kamu bersedia memberikan semua yang Kamu sukai demi dia?

Hal itu bukanlah cinta, tapi kemurahan hati.

Apakah Kamu masih bersamanya karena campuran dari rasa nyeri dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dan sangat membutakan?

Itulah cinta.

Apakah Kamu masih menerima kesalahannya karena hal itu adalah bagian dari kepribadiannya?

Itulah cinta.

Apakah Kamu tertarik pada orang lain, tapi masih bersamanya dengan setia?

Itulah cinta.

Apakah Kamu rela memberikan hati Kamu, kehidupan Kamu, dan kematian Kamu?

Itulah cinta.

Apakah hati Kamu tercabik bila dia sedih?

Itulah cinta.

Apakah Kamu menangis untuk kepedihannya biarpun dia cukup tegar?

Itulah cinta.

Apakah matanya melihat hati Kamu yang sesungguhnya dan menyentuh jiwa Kamu secara dalam sampai terasa nyeri?

Itulah cinta.....



Hargailah setiap cinta yang hadir dalam dirimu



Saturday, December 11, 2010

:: ALLAH MENGUJI HAMBANYA....TAPI KENAPA..?? ::



Kehidupan seharian menyaksikan kita sering kali diuji..Diuji daripada luar dan dalam..atas dan bawah..depan dan belakang..Namun begitu,bilamana kita diuji..Kemana pengaduan kita?Adakah kita suka mengeluh?Adakah acap kali kita menyalahkan Sang Pencipta??

Sedarlah wahai manusia yang hina..Allah menguji kita kerna Allah sayangkan kita..Kerna Allah S.W.T itu penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Kerna Allah ingin memasukkan ke dalam syurgaNya..Jom kita baca soalan dan dalil di bawah,agar kita mampu mengerti..


KENAPA AKU DIUJI?
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)

 KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)


KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?
 Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(QS Al-Baqarah: 286)


AKU RASA KECEWA!
 Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)

Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)


 APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
 Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)


KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?
 Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)



AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!
 Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)

Jadilah kita hamba-NYA yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariat-NYA..Bukan manusia yang angkur dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah min zalik

 Moga-moga kita terus berada di dalam redha-NYA..


Amin ya rabbal alamin.

Thursday, December 9, 2010

:: Bunga Yang Indah ::



Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran.
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

Wednesday, December 8, 2010

:: Bersangka baiklah dengan Allah ::




Setiap insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmat-Nya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!! Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepada-Nya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepada-Nya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayang-Nya.

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada Rasul-Nya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kepada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:

Maksudnya:

Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintah-Nya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintah-Nya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.


(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu”

Mungkin akan ada yang bertanya: “Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepada-Nya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?”.

Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.”

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a.
Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seluruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dari-Nya, itulah Allah!!! Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. 

Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon.

Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepada-Nya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. 

Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Sabda Nabi s.a.w.

Maksudnya: “Do`a itu adalah ibadah”

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripada-Nya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisi-Nya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmat-Nya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasih-Nya kepada kita.

Sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a”

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)

Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepada-Nya dan jangan berputus asa dari rahmat-Nya

Monday, December 6, 2010

:: 100 trutH about Me ::


WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: DR.SUKIDA
2. Last phone call: my sister..ariey
3. Last text message: my sweetheart...alan
4. Last song you listened to: ku tetap menunggu..hady mirza
5. Last time you cried: pas solat maghrib td...

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: NO
7. Been cheated on: definitely! yes!
8. Kissed someone & regretted it: never...
9. Lost someone special: YES.
10. Been depressed: Yes of cos
11. Been drunk and threw up: astagfirullah... *garu dahi..

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Purple
13. greY
14. Pink maybe...

THIS YEAR HAVE YOU: (2010)
15. Made a new friend: of cos..lots of them
16. Fallen out of love: yes ..
17. Laughed until you cried: HAHAHAH ** T_T
18. Met someone who changed you: YES DEFINITELY..
19. Found out who your true friends were: yep.and i love them
20. Found out someone was talking about you: yes...
21. Kissed anyone on your friend's list: oh NO!!
22. How many people on your friends list do you know in real life: ade la kott
23. How many kids do you want?: let say 5 or 6 or 7 or???
24. Do you have any pets: yes..
25. Do you want to change your name: i'll pass..
26. What did you do for your last birthday: i dont wanna know.
27. What time did you wake up today: 6.30 am
28. What were you doing at midnight: koya..haha
29. Name something you CANNOT wait for: NIKKON..
30. Last time you saw your Mother: ermm just 5 minutes ago
31. What is one thing you wish you could change about your life: only few months back.
32. What are you listening to right now: super junior
33. Have you ever talked to a person named Tom: tom?..kuntum ade la..haha
34. What's getting on your nerves right now: x dek lah...
35. Most visited webpage: facebook
36. Whats your real name: amirah mohd rafee
37. Nicknames: just miya
38. Relationship Status: "heheheh”
39. Zodiac sign: lGeM ini
40. Male or female?: of coz feMale
41. Primary school: x skola..sebab pandai sgt
42. Secondary school: sma khairiah
43. High school/college/university?: Usim terus maju....
44. Hair color: secret..shhhh...
45. Long or short: don’t know
46. Height: 173...tinggi seh
47. Do you have a crush on someone? : yes............
48: What do you like about yourself?: im ur laugh machine..
49. Braces: x dek .weeh!~
50. Surgery: pasang besi kat tangan
51. Piercing: erk!~

FIRSTS :
52. First surgery: hand....
53. First piercing: still x dek
54. First best friend: mutiara
55. First sport you joined: bowling~sport ke
56. First vacation: of coz mekah
58. First pair of trainers: idk wut the hell ure talking

RIGHT NOW
59. Eating: kerepek bawang..raihanah bagi..
60. Drinking: ow..x dek.
61. I'm about to: makang!~
62. Listening to: ku tetap menunggumu~muahh
63. Waiting on: him...

YOUR FUTURE
64. What kids?: anak halal
65. Get Married?: nak...
66. Career?: rite now aim aku..nak jadi photohrapher...oke x?



HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: YESS
77. Drank hard liquor: eh tak la tuhan mara..
78. Lost glasses/contacts: poenah..
79. Sex on first date: uuuwwww!~
80. Broken someone's heart: YESSSSSSSSS
82. Been arrested: erm..tidak..
83. Turned someone down: YESSSSSSSSSSS
84. Cried when someone died: YESSSSSSSS
85. Fallen for a friend?: eh? yes, but definitely NO

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: sometimes
87. Miracles: ermm luck!~
88. Love at first sight: YEsss!~
89. Heaven: eh mestyla
90. Santa Claus: tak, nipu je gemok tuh!~
91. Kiss on the first date: NO
92. Angels: erm?..yes

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: YES
95. Did you sing today?: ade, tadi..nyanyi sorang2..
96. Ever cheated on somebody?: YESSSS
97. If you could go back in time, how far would you go?: JUST ..if can please...shhh
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: 20/02/2010
99. Are you afraid of falling in love?: eh x la..seronok je!
100. Posting this as 100 truths?: yes

Design and Templates By www.amirastudios.com