Monday, December 26, 2011

Jalan Kamaruddin~Jalan yg dahaga darah manusia


Errr..seraammm... hanya Tuhan je tahu perasaan ku jap td...
Ceritanya bermula.


   Ummi: Ya, g beli barang sket,,leh goreng mee petang ni. kesian budak2 xde makanan.
   Miya : Ok..



Tanpa melengahkan masa, aku siap2 dan terus ke kedai membeli barang basah.. kedai Mok Nik dekat je ngn umah ku, kira2 500 meter..tapi kalo jalan kaki,penat la..hihi..so aku naik motor...


sampai kat kedai, tengah syok pilih barang, tiba2 terdengar satu bunyi seretan yg kuat. Alangkah terkejutnya aku bila terpandang sebuah Grand Livina silver yg dipandu oleh seorang lelaki merempuh sebuah skuter yang ditunggang oleh seorang remaja perempuan..Allahuakbar, Grand Livina tu merempuh skuter dan budak perempuan itu terbaring di jalan dan terus kaki nya digilis... Tersentap jantung ku...aku terus berlari mendekati budak perempuan itu..dengan pantas dia bangun dan mengangkat skuternya sambil tersenyum.. Allahuakbar Tuhan Maha Mengetahui..Dengan izinNya, perempuan itu selamat.. 


****************************Alhamdulillah********************************************


Peristiwa yg berlaku petang td benar2 meninggalkan kesan dan mengingatkan aku peristiwa 5 tahun yg lalu...
Di jalan yg sama, tempat yg sama..aku dan ummi ku pernah kemalangan... JALAN KAMARUDDIN memang berhantu....
sampai je dirumah, aku terketar2 takut kejadian 5tahun lalu berulang lagi...


**********************************************************************************


Pada tanggal April 2007, seminggu sebelum mendaftar di USIM, aku telah terlibat dalam satu kemalangan bersama ibuku di JALAN KAMARUDDIN. aku dan ibuku membonceng motosikal menuju ke pusat bandar untuk membuat persiapan sebelum masuk u.. ketika melalui jalan tersebut, berhadapan kedai runcit, sebuah myvi telah melintas di hadapanku tanpa memberi sebarang isyarat, dengan laju,aku melanggar pintu di bahagian pemandu.. myvi dipandu oleh seorang remaja perempuan yg baru sahaja memperolehi lesen P..dan yg lebih mengejutkan lagi, remaja tersebut merupakan anak Penolong Kanan 1 di sekolah lama ku... 


selepas melanggar pintu pemandu, aku tersungkur di jalan dgn meniarap(dah mcam batman je)..ibu ku pula terbang(ala-ala superman) ke atas myvi dan jatuh diseberang jalan. budak tu keluar dr myvi dan menuju ke arah ibuku........


Budak sengal: ape kes anak makcik ni?? xreti bawak motor ke main langgar sy ni.


Ya allah, aku rasa nak lempang je budak ni..ajar kurang tol! tapi aku x berdaya nak bangun..dengan keadaan meniarap, kedua2 tangan ku berlipat ke dalam.. aku cuba tp xberdaya, dgn izin Allah juga, sebuah ambulans melalui jalan itu, nurse menghampiri ku dan mengangkat ku(dah le aku ni berat..hihi).. ibu ku panik melihat keadaan ku..tapi aku bersyukur kerana ibuku tidak mengalami sebarang kecederaan..


Tiba2, ketika berada di dalam ambulans, pergelangan ku sakit sekali.. belah kiri xdapat nk gerak.. nurse cakap mungkin patah.. innalillahiwainnailahirajiun..aku menangis kerna aku fikir harapan untuk masuk u tidak kesampaian.... ;(


10minit perjalanan, aku tiba di hospital.. aku dimasukkan ke icu dan kebetulan time tu banyak kemalangan, so aku terpaksa tunggu selama 45minit..perghhh, kesakitan bertambah...Allahurabbi...


******************************to be continue*****************************************

Tenqs lots my bff


Morning frenz.. hr ni miya nk buat entry special untuk my bff yg dah banyak tolong miya buat bloq miya ni...
org nye x lain x bukan, cik amira sulaiman. opsss silap., puan amira la.heheheh (mira jgn marah ye).. Puan Amira ni kawan masa sekolah menengah dulu.. dr 2005 hingga skrg. haaa.. korang leh la jenguk blog Puan amira ni ye..


macam2 dia buat kat blog miya... antaranya:


Touch up yang ku buat adalah seperti berikut:
  • Tukar guna blogger template yang baru
  • Buat header baru
  • Buat Banner
  • Tukar background blog
  • Letak Hover pada link
  • Letak icon sebelah tajuk entry post
  • Letak Favicon Blog
  • Letak Button Share Facebook, dan button Like
  • Letak Google Friends Connect
  • Buang Navigation Bar
  • Centerkan Post Title
  • Centerkan Post Bar
  • Tukar Bacground Sidebar
  • Buat "About Me" + icon-icon
  • Letak button Follow dan Dashboard tumblr
  • Letak Iklan Advertise yang baru, Nuffnang dia Code Error (tak tahu nape)
  • Letak Flying Up (Top Button)
  • Buat Scrollbar + Icon sebelah tajuk entry untuk Blog Archive
  • Tukar perkataan Coment pada gambar
  • Letak widget pelawat
  • Buat gambar auto zoom bila cursor sentuh
  • Tambah ruang "Add a Gadget" atas header
  • Letak shoutbox atas header (part ni sangat susah kena setting satu-satu)

TenQs sayang~ LOVE U laaah!

Dulu miya pernah la ubah suai blog ni dgn jari jemari sendirri. tapi hasilnya xde la secantik skrg ni. tp xpe, sesiapa yg nk belajar boleh cuba buat sendri.. xlama pun nk buat, 3 hari 2 malam je..hihihihhihi

ok,,chill..

Friday, August 12, 2011

~ Akhirnya siap jugak !!! ~


Assalamualaikum semua...lama tidak bersua kan??? Al-maklumlah penyakit kemalasan melanda hebat..ekekkek...So, ape cer? ade baik ka? (mcm dialog KL gangster pulak)~AAK.
Amacam blog miya yg baru ni?? Cantik x? (jgn jawab kalo x ikhlas) hehehe.. nak dijadikan cerita, 2 hari 1 malam miya buat construction kat blog nih..sampai demam sekarang nih. ingat senang ke? Bapak la susah. tp kalo peminat tegar (------>mcm miya ), sesukar mana pun, tetap nak buat jugak kan? Alhamdulillah, syukur kepadaNya.ok!

Pertama skali miya nak ucap jutaan terima kasih kepada sesiapa yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menaiktaraf blog ni... berikut adalah orang2 yg banyak membantu miya...
           
1- of coz la my hero, walid miya sbb beli streamyx...ekekekek.. 
2- my old friend, Amira studio yg mencetus idea..hehe..tenqs girl
3- kwn adik kpd Amira iaitu Wan yg tegar melayan kerenah miya.heee..(p/s:jgn kedekut ilmu taw,Tuhan marah)
4- haa...yg ni miya x kenal langsung tp tutorial dia banyak membantu.. Belog Cap ayam..(ape ke pelik nama)
5- kepada ummi dan adik miya yg memahami miya..
6- si kambing yg sporting..hehe..misS u so much!
7- kepada sape2 jelah yg x sempat nak sebut TQ SO MUCH!


ok skrg miya nak cite sikit Perubahan yang berlaku..jeng jeng jeng

warna kuning ~ sakit mata x??hehe.. knp la miya ni buat warna kuning? bukannya dia suka warna kuning pon..dia tu pinkholic..ekekek.. sbnrnya layout kuning sbb terkena alahan himpunan bersih hari tu..HAHAHAH..tipu je! kuning cantik pe..skali skala nak ubah haluan..xsalah kan?

doodle ~ homemade taw! ekekek.. punya la susah nk blajar tp bila dah taw buat, senang je sbnrnya,, tp miya lukis pakai jari jer.. amacam cantik x? siap pakai purdah lagi..ekkeke..camera jgn lupa ya!



lagu nasyid ~ dan insaf ke ape miya ni?huhuhu.. miya suka lagu ni..tenang bila dengar. cuba awk semua dengar sampai habis..comform I N S A F~ekekek.. Lagu ni membawa banyak kenangan, macam ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
XPAYAH SIBUK NAK TAHU!!! hehe


K la awk semua, miya dah penat sgt ni.. nak sambung tido..esok jangan lupa sahur ye~
nanite..Assalamualaikum

Saturday, June 25, 2011

:: I B T I S A M ::


Assalamualaikum semua..lama x bersua kan?? rindu x? sorry taw..miya sibuk sangat. 6 bulan lepas kan miya praktikal kat Tabung Haji. So, xde masa nak update. He,he,he.


Kali ni miya nk cakap pasal S E N Y U M.. haaaa...atau dalam arab I B T I S A M.. 
Freindly speaking la, miya xreti nk marah orang..kalo nk marah,conpem xjadi lebih2 lagi kalo duk depan orang tu..he, he... terima kasih ya Allah kerana kurniakan sifat aku yg suka senyum.. Pernah skali adik tumpahkan air kat buku miya, dalam hati geram rasa nak lempang je.pastu, miya senyum je sbb kesian kat adik.. mungkin hati miya x sekeras batu nisan..hahah..
so, moh la kite senyum, jangan marah2, jangan sedih2... xelok untuk peranakan taw? haha.. mcm Malique ckp, senyum xperlu kata apa2..




Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Haaa...layan ye..

kalo la org yg senyum tu manis, bila dia senyum, mak aaaiii, lagi manis la jawabnye..mcm miya..hehe.
senyum banyak fadhilatnya taw???


1. Senyuman adalah sedekah yang mahal harganya tetapi sangat mudah untuk dilakukan
oleh semua orang..... :)

2. Senyuman menambahkan kecerian muka dan kemanisan yang ada.... :)

3. Senyuman sangat mahal tetapi semua orang sangat mudah untuk memilikinya walaupun
seseorang yang sangat miskin.... :)

4. Senyuman bukanlah benda yang remeh sehingga orang kaya tidak berhajat
kepadanya...... :)

5. Senyuman menurunkan suhu kemarahan..... :)

6. Senyuman mengurangkan darjah kesedihan.... :)

7. Senyuman memberikan kekuatan kepada keletihan.... :)

8. Senyuman memulihkan semangat orang yang kecewa..... :)

9. Senyuman mengurangkan bebanan kepada kerunsingan.... :)

10. Senyuman tidak boleh dicuri, dibeli, dipinta atau dipinjamkan kerana ianya sangat berharga
apabila diberi sebagai hadiah..... :)

11. Senyuman yang diberi pasti akan kembali kepada pemberi..... :)

12. Senyuman menjadikan seseorang sentiasa kerinduan..... :)

13. Senyuman pembuka dan penutup perjumpaan yang amat berharga.... :)

14. Senyuman berharga setelah ianya diberi..... :)

15. Tidak ada satu orang pun yang terlalu kaya sehingga tidak lagi perlu diberikan senyuman..... :)

16. Tidak ada satu orang pun yang terlalu miskin sehingga tidak mampu memberikan senyuman.... :)

17. Tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari sesiapa yang tidak lagi memilikinya
untuk diberri kepada orang lain.... :)

DAN YANG PALING PENTING SENYUMAN ADALAH SUNNAH BAGINDA RASULULLAH S.A.W... :)

miya suka tengok orang sekeliling miya bahagia...kebahagiaan diorang lebih penting dr kebahagiaan miya.... 

wassalam...

Sunday, February 13, 2011

:: Selamat Menyambut Maulidur Rasul ::



Pengertian :
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang

Peristiwa-peristiwa :
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Hukum Menyambut :

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
Maulidur Rasul :
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

SELAWAT NABI:



Wednesday, January 19, 2011

:: New boYfriend ::



Kah.kah.kah..
This is my new boyfriend.. hensem x??? hahahaha..
Doakan kami berkekalan..hehe..
Design and Templates By www.amirastudios.com