Sunday, November 28, 2010

:: sekadar Perkongsian ::


apa itu fungsi buah pinggang?
1.menapis cecair . 
buah pinggang akan menapis dan akan mengasingkan cecair didalam darah.kotoran akan dihantar ke pundi-pundi kencing.

2.mengawal kandungan garam dan air dalam darah
contohnya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup. 

hmm sungguh indah ciptaan tuhan kan.semua yang dijadikan ada sebabnya.ok, m
ari kita bincang pula simptom-simptom sakit buah pinggang.

Tanda-tanda sakit buah pinggang

1.sakit pinggang
ter
asa mencucuk-cucuk.bergerak sedikit dah sakit.sakit diblah dalam,bukan tulang.datang sekali sekala ataupun berterusan.

2.bengk
ak badan
Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

3.tidak selera makan
hilang selera makan tiba-tiba.bila makan muntah.biasanya akan hilang berat badan.

4.kerap kencing
simptom ini saya memang mengalaminya.sampai letih dibuatnya.bila dikencingkan hanya sedikit sahaja yang keluar.tetapi boleh mencecah 20 kali bila waktu malam.

5.cepat letih.
ini pun simptom saya.saya rasa cepat sahaja letih.saya seorang yang aktif.suka mendaki gunung dan aktiviti lasak.sepatutnya kerja-kerja di tumah tidak meletihkan.ini baru menyapu sikit dah letih.memang musykil.

6.sakit kepala.
kerap sakit kepala.rupa-rupaya tekanan darah saya tinggi.sampai mencecah 190/120.fuhhh sib baik x kena strok.dahulu saya selalu telan panadol.rupa-rupanya panadol boleh menyebabkan sakit buah pinggang kalau kerap pola pemakanan.

8.kerap demam
saya dahulu kerap demam.seminggu sampai 2,3 kali

9.badan gatal-gatal
seluruh badan gatal-gatal.menandakan badan sudah terlalu kotor dengan toksin.sampai habis bdn aku garu.jadi kudis plak.hehhehe

ok itu sahaja yg dapat aku senaraikan.simptom untuk setiap orang memang lain-lain.ada orang tuh lagi x de apa-apa simptom.pun kena jugak.macam aku bengkak-bengkak memang x de.

oleh itu kengkawan, jagalah kesihatan dan rajin-rajinlah buat medical check-up.

No comments:

Design and Templates By www.amirastudios.com