Sunday, April 15, 2012

Tudung awak kecik!!! Not my taste ok?






“Maaf saya x leh terima awk..sbb tudung awk kecik..awk x pakai tudung labuh..se agi, sy suka orang puam pakai niqob. Bg saya org pakai niqob tu wajahnya, auratnya hanya untuk saya sahaja iaitu suaminya..maafkan saya… ..”
_______________________________________________________________

Hmmm..alhamdulillah la jika awk cari perempuan yg pakai niqob, yang tudung labuh. Saya tumpang gembira.. saya x layak untuk awak..saya yg penuh kejahilan, xlayak untuk lelaki soleh mcm awk.. saya yg penuh dosa xlayak untuk lelaki yg bersih dari dosa mcm awk…

Awk muaddib.. saya bukan muaddibah
Awk muallim..saya bukan muallimah
Awk mursyid..saya bukan mursyiddah
Awk mudarris.. saya bukan mudarrisah

 Dan dalam surah An-Nur, ayat 26, Tuhan berfirman:

perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Insyaallah awak akan jumpa perempuan yg baik kerana awk seorang lelaki yang baik… saya akan selalu berdoa untuk awak.


Tapi ………………………….. awk lupa satu sudut…


Jika semua lelaki baik berkahwin dengan perempuan baik, siapa akan memimpin perempuan yg x baik?? Sampai bila perempuan x baik akan kekal mcm tu?
Awk lupa bahawa awk seorang lelaki iaitu pemimpin yg akan memimpin orang lain dan kaum yg lemah seperti kami ini..
Awk……………saya ingin berpesan beberapa perkara…saya harap awk dapat mendengarnya dgn baik dan jika ia baik dimata awk, awk ambik iktibar..jika ia buruk dimata awk, awk abaikan ye??

Awak.. jika awk seorang mudarris, muallim, murabbi,mursyid yang hebat, awk tidak mementingkan siapa isteri awak semasa awk nikahi tetapi awak perlu tahu siapa isteri awk selepas awk bernikah dengannya..

Awak faham x ayat saya ni?

Awak,,

Awak sepatutnya menerima sesiapa sahaja bakal isteri awak walaupun dia jahat sekalipun kerana "Janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"
Jika isteri awak jahat, buruk akhlaknya, awak la yg perlu mengubahnya, awak la yang perlu memandunya dan awak  la yang perlu memimpin tangannya kejalan yang diredhai Allah..

Awak..

"Apabila seorang wanita telah awak nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk awk bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat awk. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada awk atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Awak faham kan?

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
Sebagai contoh lain,
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,"

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
"Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

Awak…

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.

Awak, akhir kata dari saya,,

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."


Moga awk sentiasa menjadi lelaki yg soleh.. Saya pergi dulu..
Salamualaikum..

3 comments:

Unknown said...

Pilihlah gadis yang anda rasa mampu meminpin mereka.

Ayu said...

Apapun yang terjadi ada hikmah yang tersendiri....slm kenal!:D

Cik Puan Miya said...

=)

Design and Templates By www.amirastudios.com